Saturday, July 20, 2019

I Fine.. Thank You (2014)

            Image result for im fine thank you synopsis

Filem ini mengisahkan tentang Pleng yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang cantik. Pada awalnya hidupnya nampak normal seperti orang biasa, tapi semua berubah ketika dia di minta untuk membantu muridnya yang berasal dari Jepun iaitu Kaya untuk memutuskan hubungan percintaan dengan kekasihnya yang bernama Gym.

Gym yang tidak faham Bahasa Inggeris, membuatkan Kaya untuk meminta Pleng membuat rakaman untuk mengatakan bahawa dia mahu putus. Gym mengetahui bahawa Pleng yang membuat dia dan pacarnya putus dengan hasutan Kaya.

Hal ini membuatkan Gym bersemangat untuk belajar Bahasa Inggeris supaya dapat menyusul kekasihnya ke Amerika dan perbaiki hubungannya. Meskipun pada awalnya nampak susah tapi dengan bantuan Pleng akhirnya pelajaran tersebut menjadi senang dan tumbuh rasa cinta diantara keduanya meskipun Pleng ketika itu bercinta dengan Pruek yang membuatkannya untuk membuat keputusan tentang pasangan terbaik untuknya.

No comments:

Post a Comment

11 Jenis Buah Durian Popular Dan Digemari Di Malaysia

11 Jenis Buah Durian Popular Dan Digemari Di Malaysia Dalam post kali ini, saya nak berkongsi tentang jenis-jenis buah durian yang popular...