Bermulalah pengambaraan aku untuk memikat hati si dia. Dia memang pemalu dan tak banyak cakap dalam kelas. Kadang kadang aku teringin juga nak bercakap dengan dia tapi aku ni jenis yang pemalu untuk bercakap dengan perempuan. Kawan rapat dia memang baik dengan aku, so dari situ la aku gunakan kawan dia hahaha apa guna kawan kalau tak boleh nak tolong hehe..
Nak sedapkan cerita, aku disatukan dalam satu group yang sama dengan si dia.. fuhhh dari situ aku rasa macam rezeki aku ni hahahah.. So dari situ la aku start chat dengan dia.. Padahal borak kosong je pun tapi boleh dikatakan hari hari aku chat dia. Tapi masa tu, aku teringin juga nak tahu yang dia ni dah ada pakwe ke belum? Malas la nak kacau orang punya.. Dia pun layan aku hari hari so aku anggap takde la tu hahahahahah.
Nak dekat 3 bulan boleh dikatakan hari hari aku chat dia, aku pun try la confess dekat dia yang aku suka dia hahahhahaha merah bai muka. Aku rasa tu perempuan pertama yang aku suka, tu yang lain macam tu hahaha. Dah la takde pengalaman nak mengorat terpaksa la search google heheh. Dia mula mulanya terdiam sebab aku bagitahu dia yang aku suka dia.. tapi lepastu senyum tengok aku. Perghh comel betul minah ni hahahahahahahha
Dia ni memang tak suka bergambar dan aku pun tak pernah ajak dia bergambar sebab aku pun tak suka bergambar. Aku pernah tanya dia, yang dia ni suka cheese kek ke tak? nasib baik dia cakap suka. Aku memang ada niat nak belikan cheese kek untuk dia.
Bulan seterusnya aku nampak dia layan aku macam nak taknak. Kadang kadang fikir balik, apa yang aku buat dekat dia sampai reply ws pun lambat tak macam dulu. Dulu laju je kalau aku ws sekejap je dah reply. Nak call tapi dia asik busy je.. Aku try la tanya roomate dia, apa yang dia buat hari hari? dia makan apa harini? di tidur pukul berapa? dia ada masalah ke? Sebenarnya aku malas nak gunakan orang ketiga sebab kesian la dia, orang lain punya hal pun terpaksa terlibat.
Aku nak ucapkan terima kasih dekat roomate dia sebab jujur dengan sebaiknya. Si dia ni, malam malam ws dengan ex boyfriend dia hahahahahahhahah. Patutla selama ni aku ws nak taknak je. Dulu kata single, sebab tu la aku try.... Kenapa la tak cakap yang kau ni dah ada boyfriend hahahahah adoiiiiiiii banyak masa aku terbuang.
Aku sebenarnya jarang balik kampung bila ada cuti hujung minggu sebab aku suka lepak dekat bilik layan movie, lagipun aku bukannya anak orang kaya yang selalu makan mahal mahal atau keluar jalan jalan. Pada cuti hujung minggu berikutnya aku nekad untuk balik kampung sebab lama tak balik. Aku pun pesan dekat Mak aku, tolong orderkan cheese kek sebab aku ingat aku nak bagi orang yang rapat dengan aku makan makanan kegemaran aku. Kek tu aku bayar dekat mak ye! bukan guna duit mak aku.
Aku call dia dan aku tanya setiap malam ws siapa tu? Dia kata kawan. 3 kali aku tanya woi tapi still jawapan yang sama hahahah Aku suruh dia terus terang barulah nak jujur.. Dia tak boleh lupakan Ex dia. Terdiam bai aku.. Nak lagi best tak? hahaha dia kata dia sayang aku juga hahahahahhaha motherboard betul la minah.
Korang nak tahu tak apa jadi dekat kek tu? aku biarkan kek tu dalam bilik aku sampai la berkulat hahahah adoiii rezeki tu..
Aku bagitahu dia yang aku lepaskan dia. Pergilah dekat ex tu dan jangan patah balik dekat aku sebab aku taknak apa apa hubungan pun dengan kau. Anggaplah kita tak pernah berjumpa dan takkan berjumpa sampai bila bila. Dia menangis baii..aku tanya la buat apa nak menangis? membazir air mata je menangis. Kawan kawan aku yang rapat je aku cerita masalah aku. Kawan kawan yang lain pandang aku macam aku yang bersalah dekat perempuan tu.
Sampai satu tahap, ada kawan si dia ni tarik muka bila terserempak dengan aku..hahahaha Bagi aku la kan, aku tak kacau kau dan kau jangan kacau aku. Tetiba je tarik muka dan ada yang buat cerita kata aku ni playboy hahahahah siot la.
Aku just nak bagitahu kalau korang pernah rasa apa yang aku rasa, please jangan down. Korang kena ingat 'bunga bukan sekuntum'. Kau berhak dapat lebih baik daripada itu. Mencintai tak semestinya memiliki. Korang fokus je cari duit, jaga family dan yang paling penting jangan tinggal solat.
Terima kasih kerana sudi membaca. Minta maaf kalau ada salah silap. bye!
No comments:
Post a Comment