Istimewa di Majlis Perkahwinan.
Selain melihat pengantin, antara yang menjadi perhatian ketika majlis perkahwinan ialah menu hidangan yang disediakan. Hidangan yang menyelerakan pasti dapat membuatkan anda pulang dalam keadaan gembira. Sekarang mari kita lihat antara hidangan wajib semasa kenduri kahwin.1) Pelbagai jenis nasi
Tidak kiralah perkahwinan tersebut bertemakan “western”, “garden” atau sebagainya. Menu makanan No.1 yang wajib ada ialah NASI. Antara menu nasi yang menjadi pilihan adalah nasi minyak, nasi arab, nasi hujan panas, nasi tomato dan semestinya nasi putih.
2) Ayam Masak Merah
Makanan kegemaran ramai iaitu ayam masak merah adalah antara yang wajib ada ketika kenduri kahwin. Ia sesuai di makan bersama apa juajenis nasi dan kebiasaannya menu ayam masak merah inilah yang habis dahulu.
3) Ayam Goreng Berempah
Selain Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah turut menjadi pilihan makanan ketika kenduri terutama kanak-kanak. Ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat dari kanak-kanak hingga dewasa, melayu, cina atau india.
4) Daging Masak Hitam
Daging Masak Hitam adalah antara menu daging yang digemari ramai. Ia sedap dimakan bersama nasi putih. Tetapi menu ini semakin jarang disediakan semasa kenduri kahwin mungkin kerana lebih ramai yang menggemari rendang daging.
5) Rendang Daging
Rendang Daging lebih menjadi pilihan berbanding Daging Masak Hitam mungkin kerana ia dapat disesuaikan dengan pelbagai hidangan lain yang disediakan semasa kenduri. Ia sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi arab, dalca sayur dan banyak lagi.
6) Dalca Sayur
Dalca Sayur adalah antara hidangan sayur yang menjadi pilihan semasa kenduri. Pelbagai jenis sayur seperti kacang panjang, lobak, terung dan kentang dimasak bersma kuah dal. Jika kena dengan cara masakan, sayur ini pasti dapat menaikkan selera anda.
7) Acar Buah
Sama seperti Dalca Sayur, Acar Buah juga sering didapati ketika kenduri kahwin. Namun begitu, kedua-dua jenis sayur ini lebih digemari golongan dewasa berbanding golongan remaja dan kanak-kanak.
8) Papadom
Papadom dihidangkan sebagai snek yang dimakan bersama nasi dan pelbagai jenis lauk lain yang tersedia. Selain itu ia juga boleh dimakan begitu sahaja sambil berbual bersama tetamu yang lain.
9) Ulam-Ulaman
Ulam-Ulaman menjadi menu tambahan yang wajib ada di setiap kenduri kahwin. Ulam disediakan secara mentah ataupun direbus dan ia dihidangkan bersama sambal belacan. Antara sayur yang dijadikan ulam ialah ulam raja, kacang panjang, timun, kacang botol, petai dan banyak lagi.
10) Buah-Buahan
Buah-buahan yang dihidangkan sebagai pencuci mulut adalah antara menu wajib semasa kenduri kahwin. Antara buah yang selalu dipilih untuk dihidangkan adalah buah tembikai, oren mandarin dan tembikai susu.
Berikut adalah antara hidangan yang sering menjadi pilihan ketika majlis kenduri kahwin. Menu makanan yang sangat menyelerakan ini pasti membuatkan tetamu yang berkunjung berpuas hati dan gembira. Seperti kata pepatah gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati!
No comments:
Post a Comment