Friday, July 19, 2019

SAHABAT

Dalam sesebuah kehidupan tetap ada pasang surutnya. Ada masa kita diatas dan ada masa kita dibawah. Setiap daripada kita pasti pernah merasai peritnya menanggung beban dan masalah sendiri. Bayangkan apabila kita berada di dalam situasi yang genting, tiada sesiapa yang menghampiri untuk memberi kata kata semangat ataupun pertolongan.

Betul. Kawan, sahabat dan rakan itu perlu dicari dengan sebaiknya. Seseorang sahabat perlu memainkan peranan yang penting supaya dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Setuju? jadi, membantu seseorang apabila mereka dalam kesusahan merupakan amalan mulia.


Perkara pertama paling berharga bila anda nampak sahabat yang berhadapan dengan tekanan adalah dengan memberi sokongan. Jika tak mampu memberi pertolongan dari segi wang duit, boleh memberi pertolongan dari segi moral. Sebenarnya mereka yang mempunyai masalah mahukan seseorang untuk hadir menghampiri lalu mendengar luahan mereka. Kalau jarak memisahkan hubungan, gadjet digunakan untuk merapatkan hubungan.

Sebagai seorang manusia, kata kata itu penting kerana kata kata itu doa. Jangan ungkapkan kata kata yang belum tentu anda boleh lakukan. Sentiasa bagi kata kata semangat.

Jika sebelum ini anda pernah melalui apa yang sahabat anda lalui, ucapkanlah "aku tahu bagaimana kau rasa" untuk buat rakan berasa tenang. Tetapi, jika anda tidak pernah mengalami situasi seperti kawan anda, tolong jangan jadi 'plastik'! Jadilah diri sendiri dan berdirilah diatas kaki sendiri.





No comments:

Post a Comment

11 Jenis Buah Durian Popular Dan Digemari Di Malaysia

11 Jenis Buah Durian Popular Dan Digemari Di Malaysia Dalam post kali ini, saya nak berkongsi tentang jenis-jenis buah durian yang popular...