Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Harini admin nak share dekat korang semua tempat menarik bagi penggemar makanan cina bila berkunjung di Ipoh, Perak. Selamat datang ke IPOH, PERAK.
Semua orang tahu yang IPOH
mempunyai pelbagai tempat menarik untuk bercuti dan mempunyai banyak kedai
makan yang menyajikan makanan warisan negeri Perak. So, kalini admin akan share dengan
korang semua tempat menarik yang korang semua boleh pergi yang terdapat di
Ipoh, Perak.
Restoran New Hollywood
Admin tahu dekat Malaysia mempunyai ramai penggemar kepada makanan yang
berkonsepkan cina. Selepas ni, korang boleh travel di Ipoh dan makan makanan berkonsepkan
cina. Namun demikian, bagi pelanggan yang beragama Islam harus pastikan mencari
restoran makanan cina yang disahkan halal.
Anda semua jangan terkejut kerana restoran ini sering dikunjungi dengan pengunjung dari serata negeri di Malaysia dan juga dari negara lain. Pelbagai menu yang menarik menjadi tarikan pengunjung. Pengujung yang hadir pasti akan merasakan keenakan masakan yang disajikan. Admin boleh katakan harga di restoran New Hollywood sangat bersesuaian dengan semua penduduk di Malaysia.
Alamat : Taman Canning, 31400 Ipoh,
Perak.
Nombor Telefon : +60 12-290 8887
Waktu Operasi : 7:00a.m – 4:00p.m
·
Roti Goyang
·
Chee Cheong Fun
·
Mee Kari
·
Mee Wantan
·
Nasi Lemak
·
Cakoi
·
Masakan Mamat
·
Mee kicap
Jika anda pernah mempunyai pengalaman berkunjung di Restoran
New Hollywood, anda digalakkan untuk berkongsi pendapat di bawah untuk
pengunjung lain. Ilmu untuk dikongsi dan jangan pernah berhenti berkongsi ilmu.
Semoga anda gembira menjamu selera di Restoran New Hollywood.