Friday, July 19, 2019

Mampukah Malaysia ke Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 ?

Malaysia diundi bersama Indonesia, Thailand, Vietnam dan UAE.

Ini merupakan satu peluang buat pasukan negara kerana mereka selalu berjumpa dengan pasukan pasukan tersebut sama ada melalui perlawanan AFF atau persahabatan antarabangsa.

Ini bukan bermakna pasukan negara perlu mengambil mudah terhadap pihak lawan. Setiap pasukan yang terlibat pasti mempunyai impian dan hasrat untuk bermain di kejohanan terbesar di dunia yang akan dianjurkan setiap 4 tahun sekali iaitu Piala Dunia.

Piala Dunia 2022 akan dianjurkan di Qatar manakala Piala Asia 2023 menjadikan China sebagai tuan rumah.



Pasukan negara perlu mengambil kekalahan 10-0 dibelasah UAE pada kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019 sebagai teladan.


Saya sebagai peminat tegar Harimau Malaya yakin seluruh rakyat Malaysia akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk bersama sama memberi semangat kepada pemain dan merealisasikan impian 3.5 juta rakyat Malaysia untuk melihat pasukan negara layak ke Piala Dunia.

Pasukan Malaysia akan membuka kempen dengan bertandang ke negara jiran iaitu Indonesia pada    (5 September), seterusnya menanti kujungan UAE pada (10 September) dan aksi di Vietnam pada  (10 Oktober).

Selepas itu, Pasukan negara akan berdepan Thailand (14 November) dan Indonesia (19 November) di gelanggang sendiri sebelum terbang ke UAE (26 Mac 2020).

Pasukan negara akan menerima kunjungan daripada Vietnam (31 Mac 2020) sebelum berangkat ke Thailand (9 Jun 2020) untuk perlawanan terakhir kumpulan G.

Kekalahan 10-0 dibelasah UAE merupakan rekod terburuk dalam arena bole sepak negara yang dikendalikan ketua jurulatih Dollah Salleh pada tahun 2015.

Kekalahan di Stadium Mohamed Zayed, Abu Dhabi akan dikenang sampai bila bila oleh peminat tanah air.


No comments:

Post a Comment

11 Jenis Buah Durian Popular Dan Digemari Di Malaysia

11 Jenis Buah Durian Popular Dan Digemari Di Malaysia Dalam post kali ini, saya nak berkongsi tentang jenis-jenis buah durian yang popular...